Monday, May 6, 2013

Rakyat cuma mahu suara mereka didengar. Tidak sepatutnya menyarahi sesuatu kaum dengan menggunakan istilah seperti "Tsunami Cina"

Malay version:

Rakyat cuma mahu suara mereka didengari dan hak untuk mengundi.

Tidak sepatutnya menyarahi sesuatu kaum dengan menggunakan istilah seperti "Tsunami Cina".

Bagaimana seseorang pemimpin memimpin kita jikalau beliau sendiri ialah seorang yang akan mencetuskan perbalahan sesama kaum dengan menggunakan istilah seperti itu?

Seseorang pemimpin tidak sepatutnya membuat penyataan seperti itu yang boleh membahayakan keharmonian sesama kaum.

Ingatlah bahawa pengundi untuk kedua-dua pihak terdiri daripada semua kaum dan kaum Cina bukan kaum yang terbesar di negara ini seperti maklum oleh semua orang.



Ini bukan soal perkauman.

Jadi, jangan dipengaruhi atau cuba mencetuskan perbalahan sesama kaum dengan menggunakan istilah seperti "Tsunami Cina".

Ini soal pembangunan negara dan perubahan untuk mencapai kemajuan negara yang lebih baik.

Seandainya, anda seorang Melayu, Cina, India atau dari kaum-kaum lain yang bekerja dengan seorang majikan Melayu, Cina, India atau dari kaum-kaum lain untuk sekalian lama dan berhasrat untuk bertukar kerja untuk mencari kerja dan majikan yang lebih baik.

Tiba-tiba majikan sekarang berkata beliau mahu menaikkan gaji anda sebanyak RM 100.

Mungkin ada dikalangi anda yang akan terus bekerja dengan majikan sekarang kerana kenaikan gaji yang tidak seberapa itu.

Tetapi ada juga yang akan memilih untuk bertukar kerja biarpun gaji sama atau lebih rendah daripada kerja sekarang kerana mereka berfikir kerja dan majikan baru ini mungkin akan membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah.

Katakan anda dihalang oleh majikan sekarang daripada bertukar kerja dengan cara kotor dan tidak saksama.

Adakah anda masih rela bekerja bersungguh-sungguh dengan majikan sekarang?

Pilihan anda telah dilucut sesama sekali.

Semua orang sepatutnya mempunyai hak mereka untuk membuat pilihan masing-masing.

Jadi, marilah kita sama-sama meletakkan persengketaan dan berfikir secara waras untuk membangunkan negara.

No comments:

Post a Comment

 
Free Blog Promotion - Blog and Blog resource Directory